Friday, 26 February 2010

redha dan syukur..

saya baca dengan iringan lagu nasyid Rahmat Ujian - Mestica

syukur alhamdulillah dengan segala pemberian Mu ya Allah Tuhan ku..
sesuatu telah berlaku pada hari yang baru berlalu tadi..
saya sangat bersyukur walaupun apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan tetapi amat berharga buat saya apabila mempunyai perasaan sebegini..
saya sangat bangga pada diri saya sendiri sebenarnya kerana hari ini sangat mudah dilalui walaupun pada pandangan orang ramai, pasti sukar untuk saya melalui hari ini..
tetapi dengan berkat kekuatan dan doa saya selama ini untuk menjadi tabah pada hari ini akhirnya menjadi kenyataan..kekuatan yang saya peroleh hari ini adalah seperti kekuatan ultraman membunuh rakasaksa dengan kejam sekali, lalu ultraman telah membawa raksaksa terbang keluar dari bumi dan membuang raksaksa tersebut di luar bumi..begitulah kekuatan yang saya peroleh hari ini kerana saya seperti ultraman dan perkara yang berlaku seperti raksaksa dan kemudian telah di buang jauh-jauh oleh saya dari minda saya (bumi ibarat minda)..
saya mengharapkan hanya yang terbaik untuk saya akan lalui selepas hari ini..
saya harap impian saya akan terus berbunga-bunga mekar selepas hari ini kerana saya yakin kebahagiaan untuk saya pasti menjelma suatu hari nanti jika saya sangat tabah dan sabar menanam bunga impian dalam suasana keredhaan dan kerendahan hati..

buat ibu bapa saya,
saya minta maaf kerana saya gagal memenuhi harapan yang menggunung oleh kalian seperti yang telah dilaksanakn oleh adik-adik saya yang sangat cemerlang..
walaupun saya tahu kalian sangat tidak memperlihatkan walau sedikitpun kekecewaan tetapi saya memahami hati kalian dalam melalui saat-saat seperti yang telah berlaku hari ini..saya juga tahu kalian tidak jemu untuk mendoakan saya dalam keadaan apa pun serta sentiasa mendorong saya untuk lebih berjaya pada masa akan datang..
saya benar-benar memohon maaf kepada kalian..saya akan cuba perbetulkan segala kesilapan pada masa akan datang..
saya sayang kalian..terima kasih kerana menjadikan saya segagah ultraman hari ini..
I love both YOU so muccchhhh!!
Ya Allah, Kau berikanlah tempat yang terbaik untuk ibu bapa ku di sisi Mu di akhirat nanti, kerana mereka adalah sebaik-baik insan yang pernah ku temui dan kenali.

buat adik-adik,
kak miha tak dapat jadi yang terbaik pada kalian..
kak miha minta maaf...
kak miha malu juga dngan pencapaian setakat ini kerana kalian lebih terbaik dari kak miha..
teruskan usaha kalian..kak miha akan terus meperbaiki kelemahan kak miha..



kini teringat saya pada kawan-kawan yang pernah saya bersama mereka satu masa dahulu di tahun 2009..bersama-sama bergembira dan bergelak ketawa.. saya hanya suka berkawan dan bersahabat dengan mereka sahaja termasuk Lim Zhi Chyong(tiada dalam gambar atas sebab pemalu) dan Dinesh(takdatang lagi semasa sesi brgambar).. orang lain yang tidak disebutkan, saya melupakan oke!! saya takakan meminta maaf jika saya lupa..kerana saya sememangnya mahu melupakan.



habis..................tamat...

segmen lain..
Tuhan, besarnya rahmat Mu..kini saya yakin dengan segala takdir yang tertulis dan menjadi rahsia alam..ku akui diri ini hamba yang mungkir pada janji-janji Mu..mungkin ini balasan dosa-dosa lalu yang saya sendiri tidak sedar dan alpa ketika melakukan atau saya terlakukan tanpa saya berfikir-fikir panjang..saya redha ..

sambil merenung lagu ini:

Rahmat Ujian
Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com


Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi


Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya


Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

_________________________________________________________

p/s: ini bukan blog lirik nasyid tapi saya suka mendengar lagu nasyid sejak kebelakangan ini jadi saya suka lirik nasyid berada di dalam blog saya..