Monday, 8 February 2010

kenderaan impian

(baca dengan alunan lagu If You Can Dream - Disney Princess )
esok adalah tarikh last untuk mengkompaun hukuman yang telah dijatuhkan atau ditakdirkan untuk saya.. so esok saya perlu kuatkan semangat untuk keluar rumah juga walawpun keadaan diri masih fobia dengan kejadian yang telah saya tertimpa baru-baru ini.. saya takut untuk menaiki kenderaan lagi terutamanya kereta.. tetapi dirumah saya tidak mempunyai kenderaan lain selain kereta dan basikal.. mana mungkin saya sebagai perempuan keluar dari rumah di desa yang agak terpencil berkedudukan geografi dikelilingi hutan getah, padang rumput yang luas, tasik yang indah, kandang kuda dan berbukit bukau menunggang basikal dua roda sambil memakai kasut tumit tinggi dan menggayakan pakaian yang mengekalkan keayuan sebagai seorang perempuan melayu.. oh tidak mungkin sama sekali.. saya tidak sanggup untuk kelihatan seperti itu.. tetapi jika tidak menaiki kenderaan yang tersedia dirumah ini, bagaimana saya perlu untuk menyelesaikan misi saya yang utama itu tadi.. mungkinkah saya perlukan atau alangkah bagusnya jika saya menaiki sebuah kereta kuda ala-ala zaman penulis inggeris terkenal iaitu william shakespeare atau sebuah kenderaan seperti dalam cerita dongengan barbie, seorang perempuan yang mengekalkan ciri-ciri keayuan dan keanggunan berada di dalam sebuah kereta yang berenjinkan hati dan perasaan seekor kuda yang ditunggang khas oleh seorang penunggang kuda profesional berkelulusan ijazah kedoktoran tertinggi atau lain kata mempunyai lesen dalam course menunggang kuda dengan selamat serta mempunyai pengalaman yang cukup mantap untuk menunggang seekor kuda yang berhati seekor kuda atau lazim dan sememangnya manusia dan haiwan yang penuh dengan darah dan urat-urat yang terus bersabung-menyambung untuk membuatkan kuda tersebut terus bergerak dan berbakti sebagai kenderaan beroda yang selamat pada masa kini.. dan seterusnya saya akan terus ke bandar dengan menaiki kenderaan haiwan (setahu saya haiwan akan dapat selalu mengetahui keadaan malang yang akan menimpa manusia) seterusnya menjamin keselamatan saya untuk terus berada dalam posisi yang selamat untuk ke bandar.. dan apabila sampai di bandar semua mata akan tertumpu kepada saya kerana memiliki kenderaan sebegitu yang telah lekang dek hujan dan panas sepanjang zaman(eh betul ke?tah la).. dan seterusnya saya akan terus menjadi tumpuan orang ramai serta ramailah orang yang snap gambar dengan pelbagai jenis alat canggih berteknologi kini yang boleh snap secara sukahati.. dan secara tiba-tiba akan ada polis menghampiri saya dan bertanya "where are you from"(cakap orang putih sambil slank gila-gila kerana takut-takut saya telah sampai ke zaman yang lain dengan termenaiki mesin masa doremon)..dan seterusnya sekiranya saya tidak mengeluarkan apa-apa perkataan, polis itu akan terus-menerus bertanya sehingga dia sendiri fedup dengan saya..dan secara tidak sampai satu hari wartawan, paparazi, mamarazi akan menyebarkan berita mengenai saya dan kenderaan serta terus tersebar keseluruh pelusuk buana dunia yang fana ini kerana menaiki kenderaan berkuda secara kuno.. seterusnya pula saya dan kenderaan berkuda yang saya menaiki akan terus di bawa ke sebuah tempat untuk dipatungkan(eh..aku jadi patung pulak?) serta menjadi tontonan umum para pelancong dan pelawat ke muzium negara untuk di pratontonkan kepada umum seorang perempuan kuno telah tersesat ke dunia abad ke dua puluh satu dengan menaiki kenderaan berkuda yang sangat antik dan cantik menarik tertarik (..kau memang da baommb) sekali.

contohnya seperti ini kenderaan tersebut




dan saya akan terus ditonton oleh orang ramai dari pelbagai pelusuk dunia kerana telah mencetuskan fenomena berkuda ala-ala barbie walawpun hakikatnya saya jauh ruas dari rupa oleh patung barbie kerana saya adalah manusia biasa yang benar-benar berupa manusia bukan orang plastik macam barbie yang sangat perfect pada pandangan manuasia, saya adalah manusia normal iaitu kulit yang tidaklah putih mulus seperti salju salji, hidung yang sememangnya hidung asia,(senang faham tidak mancung dan tinggi oleh sebab itu saya tidak dikatogerikan sebagai sombong), mata yang tidak bulat dan tidak sepet, mulut yang senang terbuka ketika makan cakap serta menguap iaitu tidaklah seksi seperti anita sarawak,ning baizura n etc dan ketinggian yang biasa sahaja serta tidaklah tinggi seperti patung barbie (eh, barbie tinggi ke??i tinggi lagi okay!!) dan oleh kerana itu saya perlu memakai kasut tumit tinggi untuk support ketinggian saya yang selalu tenggelam dalam kalangan orang-orang yang lebih tinggi dari saya serta seterusnya-seterusnya-seterusnya..............(apakah yang ditulis oleh penceritaan saya??oh..saya je yang faham.)


okey lah..banyak lagi imaginasi saya terhadap kenderaan berkuda dan sebagainya..biarlah ia menjadi mimpi di malam hari saya.......