Tuesday, 9 February 2010

hari ini selasa 09022010

pemuzik di negeri ini sila alunkan okestra seperti lagu Never Had A Dream Come True - S Club 7 untuk mengiringi pembacaan fakta ini.

hari ini adalah seperti yang tertera diatas..
semua penduduk kecuali saya yang sedang menulis dengan penuh khusyuk dan teratur untuk menyusun bait-bait kata indah yang penuh dengan makna di dalam rumah yang terletak di desa yang terpencil yang aman nyaman damai permai ini, mereka sekalian telah pergi mengambil angin di sebuah pulau yang mempunyai mutiara didalam ayat bahasa melayu darjah empat.. pulau tersebut tidaklah begitu jauh jarak jika dari desa ini kerana jika menggunakan kenderaan moden zaman sekarang yang berenjin dan dahagakan petrol, hanya perlu mengambil masa jika di tolak tambah kali bahagi kira sampai habis jari pun, masa yang dihitungkan adalah tidak sampai tiga jam jika cara pemanduan dengan penuh berhemat berjiwa selamat.. tetapi jika pemanduan seperti dalam filem fast and furious saya yakin, perjalanan yang diambil untuk sampai ke pulau tersebut hanyalah beberapa minit sahaja(59 minit dan kurang), itupun jika perjalanan lancar serta tidak mengalami keadaan lain, tetapi jika mengalami keadaan lain mungkinlah dan semestilah berada di dalam sebuah bangunan yang tidak akan sunyi dengan kesibukan manusia yang bersabung nyawa untuk hidup atau senang cerita hospital(what?..dah keluar fokus ni!!)
oke..oke.. penduduk dirumah pergi sejak bermulanya terbit mentari pagi yang menerangi dunia dengan penuh warna warni dan mungkin mereka akan pulang kembali apabila cahaya matahari terpantul dengan sendirinya (mengikut kejadian dan kepatuhan alam kepada Pencipta) kepada sang rembulan yang berkawah-kawah permukaannya serta suram-suram kelihatan apabila dilindungi awan malam yang sentiasa bergerak diatas atmosfera bumi.. lalu tinggalah saya keseorangan sebagai seorang manusia tetapi ditemani oleh makhluk-makhluk halus yang sentiasa rajin bekerja mencari makanan tidak kira waktu siang dan malam tanpa mengenal erti penat lelah bekerja untuk menunjukkan taat setia kepada raja mereka.. tetapi saya benci makhluk halus tersebut kerana selalu menggeramkan saya yang tidak suka diganggu penglihatan apabila berada dalam keadaan tenang.. dengan takda belas kasihan dan tidak teragak-agak untuk menjadi pembunuh saya terus membunuh dengan kejam sebaris atau sederet semut-semut yang berjalan dengan penuh gaya dan tidak berdosa yang lalu ditepi saya..puas!!
dah...
sebenarnya hari ini saya perlu memenuhi appointment seorang dokter gigi yang ingin menemui saya bukan saya perlu menemui dentist tersebut oke!!
sebab dentist ingin menemui saya kerana untuk mengekalkan keadaan gigi saya yang sangat bagus untuk dijadikan contoh kerana mempunyai gigi yang putih, bersih, tanpa plak, tidak mengalami gejala gigi sensitif serta gigi yang sihat dan kuat.. tetapi saya tidak mampu memenuhi hajat dentist tersebut kerana saya takut untuk naik kereta lagi..
selain itu tujuan saya hari ini adalah untuk melangsaikan saman(saman lagi) yang tak habis-habis saya fikir sejak celik je mata setiap tengahari..tetapi apa yang terjadi adalah saya tidak dapat melangsaikan lagi kerana saya fobia naik kereta.. kenapa tak naik motor?? kerana di rumah saya tiada motor.. kawan-kawan saya yang mempunyai motor sedang bekerja hari ini.. jadi saya tidak mahu mengganggu pekerjaan mereka.. ada seorang yang boleh menolong saya menaiki motor..iaitu saudara lelaki saya(lebih kurang berpangkat kupu-kupu) kerana dia bercuti beberapa hari di negeri ini atas sebab sebab........(tah..dia takbgtahu pun)..kenapa saya tetap tak pergi menaiki motor bersama saudara lelaki itu adalah kerana saya tidak pernah menaiki motor bersama lelaki sepanjang kehidupan saya yang hampir 20 tahun masihi..walawpun saudara,tetapi saya tak biasa dan tidak mahu membiasakan yang luar biasa agar menjadi biasa sehingga tiba-tiba satu hari nanti akan terbiasa dengan sendirinya..jadi saya telah mengcancelkan segala perancangan saya hari ini kerana tidak mahu melanggar tradisi diri saya yang sememangnya takakan menaiki motor bersama lelaki..saya juga takut untuk menaiki motor..tetapi saya tidak fobia untuk menaiki motor seperti fobianya saya untuk menaiki kereta kerana dengan motor saya tidak pernah mengalami keadaan yang ngeri..so saya tak serik lagi..tetapi saya tetap takut dan berhati-hati jika menaiki motor walawpun bukanlah saya yang membonceng,saya tetap menekan loceng motor..(ciss..apa nih?tak faham!!)

apa-apa je lah.. benci hari ini boring!!
bangun lambat pukul 1..terlajak tidur tak boleh diundur lagi..
takda permaisuri bertitah serta dayang-dayang istana ini membising dipintu kamar untuk kejutkan perempuan melayu terakhir bangun setiap hari..
(mood segar tidur lama)