Thursday, 4 February 2010

Andaiku tahu.. (baca dalam suasana lagu Andaiku Tahu - Ungu)
1) aku takkan keluar rumah untuk pergi membayar saman hari ini.
2) aku akan dengar nasihat ibu utk keluar pada hari ahad.
3) aku bangun pagi untuk menyelesaikan hutang kepada majlis daerah.
4) aku akn bgtau bapa tntng aku disaman.
5) aku meminta pendapat dari kedua ibubapaku utk melangsaikan saman(wlwpn mama bg
keizinan padaku untuk keluar rumah).

apa yg terjadi pada diri aku hari ni adalah...
pukul 3.30 ptg : keluar rumah bersama driver(adik lelaki).
pukul 3.35 ptg :
melalui simpang empat,walawpun simpang empat, jalan yang kami lalui adalah straight oke.straight.memang straight dan tak perlu untuk berhenti melalui simpang tersebut kerana asal usul jalan tersebut adalah tiada simpang apatah lagi simpang siur, tetapi apabila zaman sudah moden, terbina dan terlahirlah 2 jalan lagi iaitu di kiri dan kanan yang menyelusuri sebuah sungai (sungai yang tenang jangan disangka tiada buaya) di antara jalan straight yang telah diceritakan tadi. So, dua jalan yang baru dibina itu tertulislah perkataan BERHENTI untuk melepasi jalan straight yang telah diceritakan. Perkara yang ingin ditekankan dan dijeritkan disini adalah kenderaan dari jalan junior perlulah berhenti untuk menghormati(melihat kiri 2 kali dan kanan 1 kali) kenderaan yang dari jalan senior seperti hormatnya rakyat kepada raja apabila raja ingin melalui. Tidak dilupakan sebelum simpang yang tersebutkan tadi kami melepasi titi konkrit dengan kelajuan kereta 40km/jam. adik terpandu secara berhemah pada hari ini.

Tiba-tiba sebuah kereta(myvi biru) dari arah kanan dengan begitu konfident
memandu secara impak maksima untuk straight through my heart(BSB) dengan kelajuan(xtahu berapa) tanpa menghiraukan papantanda BERHENTI di situ atau lebih penting lagi kereta yang dinaiki perempuan ini. Dengan keadaan malang tidak berbau atau malang yang sememangnya malang, adik tidak sempat menekan break kerana kenderaan tersebut laju melintas sepantas kilat walawpun tidak sempat melintas dengan baik. Akibat dari kejadian lintasan-pintasan tersebut kenderaan yang kami berdua naiki melanggar pintu sebelah kiri kenderaan biru yang tiba-tiba memintas dihadapan kenderaan yang kami naiki.

keadaaan di dalam kenderaanku sebelum kejadian..
adik: memandu dengan penuh target untuk terus membawa perempuan ini ke bank yang bertujuan mengambil sedikt wang simpanan untuk membayar saman yang telah di lemparkan kepada perempuan kasihan ini pada seminggu yang lalu bertarikh 26012010.
aku: tekun memikirkan tentang number apakah yang perlu dipenuhkan dalam kotak2 kecil ini. sebenarnya khusyuk bermain sudoku sambil mencuba dan memikirkan ayat-ayat cinta eh bukanla, ayat-ayat kasihan (baru betul) kepada orang yang bakal aku berjumpa untuk melangsaikan saman.

semasa kejadian...
adik: Allahuakbar!!
aku: dikban!! dikban!! dikban!! dikban (panggilan manja seorang kakak mithali kepada adik)!! break!! break!! break!! jangan!! jangan sentuh dia(wlawpun dah terlanggar).
Tiba2 kenderaan kami terpusing sebanyak 90 darjah. dan terberhenti di tengah2 simpang.
adik: membuatkan keadaan kenderaan dalam posisi P(tak tahu apakah P, pada pandanganku P tersebut bermaksud parking). dan setrusnya mematikan enjin.
aku: tiba-tiba terdiam sambil melihat kaki ku.
adik: kak miha keluar!!
aku: cuba membuka pintu kereta dengan bersungguh-sungguh sambil menangis teresak2 dan cuba keluarkan diri dari kenderaan. setelah selamat membuka pintu untuk keluar, aku cuba untuk keluarkan diri. mengangkat kakiku untuk berdiri di atas jalan raya. tiba2 aku takboleh berdiri. jatuh tersungkur disebelah kenderaan malang yang dinaiki. seingatku, aku mengesot untuk terus ketepi sungai. sambil menangis yang aku sangat takut keadaan seperti ini dan meraung cakap "dikban, KERETA TU JAHAT!! KERETA TU JAHAT!! KERETA TU JAHAT!! BENCI!! BENCI!! BENCI!! dia tak berhenti.... BENCI!! BENCI!! BENCI!! KERETA JAHAT!!
adik: pergi berlagak hero to face keadaan dengan pemandu kereta jahat tu. sambil cakap "sekarang macamana ni?"
pemandu myvi: muka pucat dan cuak gila sambil meminta handset adik untuk call bos(katanya) sebab handfon dia rosak. (banyak cantik muka lu, dah la bawa laju2 malang,ttiba minta2 handfon plak.jahat sungguh!!!)
adik: memberikan handfon. (adik memang baik dan sangat tenang ketika kejadian)
pemandu myvi: bagi balik handfon pada adik.
adik: menelefon bapa sambil berjalan kearahku.
orang ramai: "kak long xpape ke?" tanya mereka padaku.
aku: diam je..sambil menangis dan meraung-raung lagi.
tiba2 banyak soalan terus diajukan padaku.."boleh jalan?"."patah kaki ke?"...."nak kami tolong payungkan? atau nak kami papah?panas ni." kata seorang lelaki dengan nada menggatal(boleh pulak nak menggatal,aku dah la tengah tencen).
aku tetap menangis dan meraung sambil jerit "KERETA JAHAT!! KERETA JAHAT!! KERETA JAHAT!! BENCI!! BENCI KERETA JAHAT!!"
adik datang dan cakap "it's oke. tepi2 jangan ganggu. boleh tak!!"pada semua lelaki yang nak jadi hero jalanan pada aku dan adik tolong memapah aku berteduh dibawah sepohon rendang kerana aku takboleh berjalan!!
aku mula berfikir, tidak-tidak!! aku sayang kaki!! macamna kalau kaki aku patah?sambil fikir aku dah takboleh pakai kasut tumit tinggi yang cantik2 lagi..oh. ya Allah, selamatkanlah kakiku!!
setelah sampai di bawah pohonan yang rendang tersebut, memang clear dan dekat la aku dengan kereta jahat tu. bawah pokok tempat aku duduk tu ada batu-batu kecil..
aku kutip batu-batu kecil tu dan baling pada kereta jahat tu sambil menjerit BENCI!! BENCI!! BENCI!!. pastu ada sorang pakcik cakap "kakak jangan baling lagi, nanti kena tingkap kereta tu, kakak pulak yang kena nanti". pakcik ni memang nak kena betul,menakutkan aku pulak. xpe,siap kau. batu yang berbaki di tangan aku, aku terus baling pada pakcik tu tanpa ada sikitpun perasaan hormat atau bersalah. aku tengah tencen, dia ganggu mood aku pulak!! memang la xsayang diri sendiri.
selepas beberapa saat, bapa aku datang dengan wajah yang penuh terkejut(kesian pada bapa).
bapa cakap pada adik, "bawa kakmeha pergi hospital. check kalau ada injured". adik cakap "okey,tapi nak bawa balik kakmeha kat rumah dulu". sebenarnya kejadian ini perlu dirahsiakan pada ibu kerana tidak mahu ibu terlalu susah hati dan berasa gundah gulana. aku cakap pada adik "bawa kakmeha balik rumah,kakmeha okey". sebenarnya kaki aku takda kecederaan pun, alhamdulillah. syukur sangat (sambil memikirkan kasut2 tumit tinggi aku).

suasana perjalanan balik rumah..
aku: dikban, slow kereta!!! bawa slow!!! slow!! paling laju 20km/jam je!! bawa slow!!!
adik: okey..okey..(sambil memastikan kenderaan yang kami naiki untuk pulang ke rumah dalam keadaan 20km/jam)..kakmyha, cuba tenang(adik tahu kakak ini cepat gabra). ini ujian Allah untuk kita. tenang la utk terima. ujian je ni bukan nasib malang. tenang la. benda ni qada' dan qadar tuhan. rukun iman tu. dalam tauhid kita belajar ni semua.
aku semakin senyap dari cakap BENCI KERETA JAHAT, tetapi airmata semakin laju.

setelah sampai dirumah, aku menangis lagi. mama sangat terkejut dengan keadaan yang berlaku. tapi mama tetap mengucap syukur (syukurlah..alhamdulillah - raihan) kerana takda perkara buruk berlaku kepada anak-anak beliau.
mama mendengar aku menangis dan melihat badanku tervibrate macam gempa bumi yang berukuran 6 skala ritcher.kemudian mama mula mengusap-usap kepala dan tanganku serta memberikan cerita2 yang dapat membuatkan aku menjadi tenang semula. aku semakin tenang.
wah, IBU aku sangat HEBAT!! yang dinamakan ibu itu, adalah sentiasa mahu yang terbaik untuk anak-anaknya. dengan gaya keibuan yang penuh bersifat kasih sayang, mama membaca dan memperdengarkanku dengan penuh merdu beberapa surah didalam al quran.
aku semakin tenang dan tenang sekali.

________________________________________________________

dah aku penat!!badanku terasa makin panas sekarang. dan aku yakin aku akan mengalami demam akibat terkejut dengan segala yang telah berlaku tadi. badan aku juga penuh dengan lebam2.
(mood bersin xberhenti sambil pening2)

DEMAM!!