
starting the year with SMILE
Salam tahun masihi...2012..masa terus berlari meninggalkan kita jauh. Sedar-sedar sudah hampir penghujung januari 2012.
Sebenarnya tidak terlalu lambat untuk saya menulis disini kerana masih dalam bulan Januari di tahun 2012. Banyak kekangan untuk menulis disini kerana mood sudah tidak hadir dalam diri saya untuk menulis disini. Pada awalnya, saya adalah seorang orang yang tidak mahu menetapkan apa-apa target hidup dalam tahun ini, hal ini kerana, target hidup yang lalu tidak kesampaian. Jadi saya mulakan tahun baru dengan tidak mempunyai sebarang impian sehinggalah pada suatu ketika.
Pada hari jumaat minggu kedua di bulan Januari tahun 2012 ini, tiba-tiba diri terasa kosong akibat tiada impian untuk tahun baru ini. Memang sungguh, saya tidak memasang azam yang tinggi untuk tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya. Akibat gagal dalam melaksanakan target, saya kecewa untuk memasang impian lagi. Biarlah waktu, takdir yang menentukan hidup saya. Mentaliti yang sangat rendah sebenarnya apabila hanya menunggu waktu menentukan segalanya. permulaan tahun yang sememangnya tidak berwawasan.
InsyaAllah. Semoga keberkatan Allah seiring dengan impian.