Thursday, 16 June 2011

LANGKAH PERTAMA


mendengar lagu Salaam by Sami Yusuf

Bismillahirahmanirahim...

Hari ini saya telah memulakan pengajian untuk melangkah dengan jayanya ke satu tapak yang lebih tinggi dalam hidup saya sebagai seorang insan yang ingin mempunyai kehidupan yang berjaya. Pada mulanya saya sangat gementar untuk menghadiri kelas pertama hari ini kerana suasana kelas yang sangat baru pada saya. Hal ini kerana saya tidak lagi bersama classmate saya yang lama. Saya sangat gementar, merasai kurang yakin, takut, dan segalanya kerana saya sangat takut akan perubahan. Takut classmate baru tidak dapat menerima saya seperti sahabat saya yang terdahulu. Semoga saya dapat menempuhi hari-hari yang akan datang dengan lebih berkeyakinan, tabah, semangat dan yang paling penting semoga perjalanan hidup saya mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah subhanahuwataala.
InsyaAllah.