You Came To Me daripada Sami Yusuf
Sepenuh pengharapan agar saya lebih matured dalam segala aspek kehidupan. Menulis blog ini juga antara salah satu latihan untuk saya dalam mencuba bersosial secara sihat dengan orang lain dan rakan-rakan. Saya adalah perempuan biasa, kurang keyakainan dalam segalanya kerana saya takut untuk mencuba dan banyak bergantung pada ibu bapa. Saya sendiri tidak pernah mampu dan cuba untuk hidup berdikari selama 19 tahun, hanya bergantung pada ibu bapa, tidak dapat kuatkan hati untuk berenggang dengan mereka. Selain itu bapa saya sangat perihatin dalam menjaga anak perempuanya, jadi saya membuat keputusan dengan hanya tinggal dan mencari keseronokan di dalam rumah. Saya jarang sangat untuk keluar hang out bersama rakan-rakan. Pada saya, di dalam rumah adalah tempat yang paling selamat, selesa untuk saya. Bergaul dengan adik beradik yang ramai sudah cukup menghiburkan dan membahagiakan hati saya apabila runsing. Kerana itulah saya sangat menjadi tidak pandai untuk bersosial dengan orang ramai. Kini, saya yakin saya telah dewasa dan sudah tiba masanya untuk mencuba segala yang boleh memberikan kebaikan pada kehidupan yang lebih sempurna. Mencari pengalaman untuk lebih berkeyakinan. Bagi saya, pengalaman perlu dicari, pengalaman tidak datang dengan sendiri. Pengalaman adalah penting dalam diri untuk membentuk seseorang menjadi kuat, yakin dan tabah dalam segala hal.
Petang tadi, saya telah mencuba sesuatu, yang sayakira pengalaman yang sangat berharga. Sekalipun sukar untuk melepasi segala halangan dan ujian, saya redha kerana ini hanyalah satu permulaan. Saya perlu lebih menpersiapkan diri untuk lebih bersedia dalam segala hal.
"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".
Ameenn...
