Friday, 9 September 2011

Berusaha

Ku sentiasa berharap agar esok adalah sentiasa lebih baik....
hari ini sebenarnya, bangun pagi baca mesej yang kelas takada tapi takbaca betul-betul..
pastu, rushing pegi kelas pukul 10..sampai-sampai kolej sakit perut pulak..alamakk..mesej kawan sekelas, pastu dia cakap kelas takda..uwaaa kecewa kecewa kecewa...kalau tau tak pi kelas takpa...dah la sakit perut, kasihan perut terpaksa ikut diriku jua..kalau tak, boleh dah perut ni rehat kat rumah...
kecewa jugak tapi i try to think positive...ya inilah pengajaran pada manusia macam saya yang malas buka henfon baca mesej..

Ujian demi ujian...kadang-kadang rasa tak tertanggung untuk berhidup..ujian ini ku yakin Allah tahu ku mampu mengharungi segala ujian ini, dan diriku di uji dengan kemampuan ku...yang penting kekuatan..ku harus jadi kuatt....eeeeyaaaaarghhh!!! BERUSAHA miha!! KUATT!
indahnya jadi kanak-kanak, tak perlu fikir kesusahan, hidup penuh dengan bahagia...
Ya Allah kau singkatkanlah penderitaan ini...aku hanya mampu berharap darimu ya Allah..

bukan mudah melukis pelangi di langit yang tertinggi

tanpa hadir gerimis dan sinar mentari

yang mengiringi

bukan mudah memiliki mutiara kasih

tanpa diselami lubuk hati nurani

ke dasar rasa yang paling dalam



Sunday, 19 June 2011

Mencari

You Came To Me daripada Sami Yusuf

Sepenuh pengharapan agar saya lebih matured dalam segala aspek kehidupan. Menulis blog ini juga antara salah satu latihan untuk saya dalam mencuba bersosial secara sihat dengan orang lain dan rakan-rakan. Saya adalah perempuan biasa, kurang keyakainan dalam segalanya kerana saya takut untuk mencuba dan banyak bergantung pada ibu bapa. Saya sendiri tidak pernah mampu dan cuba untuk hidup berdikari selama 19 tahun, hanya bergantung pada ibu bapa, tidak dapat kuatkan hati untuk berenggang dengan mereka. Selain itu bapa saya sangat perihatin dalam menjaga anak perempuanya, jadi saya membuat keputusan dengan hanya tinggal dan mencari keseronokan di dalam rumah. Saya jarang sangat untuk keluar hang out bersama rakan-rakan. Pada saya, di dalam rumah adalah tempat yang paling selamat, selesa untuk saya. Bergaul dengan adik beradik yang ramai sudah cukup menghiburkan dan membahagiakan hati saya apabila runsing. Kerana itulah saya sangat menjadi tidak pandai untuk bersosial dengan orang ramai. Kini, saya yakin saya telah dewasa dan sudah tiba masanya untuk mencuba segala yang boleh memberikan kebaikan pada kehidupan yang lebih sempurna. Mencari pengalaman untuk lebih berkeyakinan. Bagi saya, pengalaman perlu dicari, pengalaman tidak datang dengan sendiri. Pengalaman adalah penting dalam diri untuk membentuk seseorang menjadi kuat, yakin dan tabah dalam segala hal.
Petang tadi, saya telah mencuba sesuatu, yang sayakira pengalaman yang sangat berharga. Sekalipun sukar untuk melepasi segala halangan dan ujian, saya redha kerana ini hanyalah satu permulaan. Saya perlu lebih menpersiapkan diri untuk lebih bersedia dalam segala hal.


"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

Ameenn...






Thursday, 16 June 2011

LANGKAH PERTAMA


mendengar lagu Salaam by Sami Yusuf

Bismillahirahmanirahim...

Hari ini saya telah memulakan pengajian untuk melangkah dengan jayanya ke satu tapak yang lebih tinggi dalam hidup saya sebagai seorang insan yang ingin mempunyai kehidupan yang berjaya. Pada mulanya saya sangat gementar untuk menghadiri kelas pertama hari ini kerana suasana kelas yang sangat baru pada saya. Hal ini kerana saya tidak lagi bersama classmate saya yang lama. Saya sangat gementar, merasai kurang yakin, takut, dan segalanya kerana saya sangat takut akan perubahan. Takut classmate baru tidak dapat menerima saya seperti sahabat saya yang terdahulu. Semoga saya dapat menempuhi hari-hari yang akan datang dengan lebih berkeyakinan, tabah, semangat dan yang paling penting semoga perjalanan hidup saya mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah subhanahuwataala.
InsyaAllah.

Friday, 14 January 2011

sedang mendengarkan Aiman- Cinta Terakhir

Assalamualaikum dan salam tahun baru...
Saya sedar sudah terlalu lama tidak update blog, bukannya tiada masa untuk update tetapi keadaan disekeliling saya menyebabkan tidak mampu untuk saya update blog seperti dahulu. Sebenarnya cerita begini saya tinggal di kayangan, sudah tentulah tiada network. Memang sungguh di kawasan yang tinggi lagi dikelilingi awanan, tiada network internet. Baru-baru ini syarikat telefon terkemuka di negara ini telah memulakan misi memasang kabel yang boleh mendapatkan network di sini, jadi saya mengambil kesempatan menggunakan kemudahan yang (tak berapa mudah sebenarnya) ada untuk online beberapa ketika. Kali ini, buat pertama kali dalam tahun 2011, saya dengan suka hati menulis disini. Walaupun banyak cerita yang ingin di ceritakan dalam ini tapi saya tidak tahu untuk bermula dari sudut apa. Di harapkan banyaklah cerita atau kejadian yang akan berlaku pada tahun ini akan mematangkan saya dengan sempurna untuk menjadi seorang SUPERWOMEN. Saya harus menjadi lebih kuat.


"Life is one mystery..I beg for your mercy help me find my way.."

My Lord show me right from wrong, give me light make me strong I know the road is long..
MAKE ME STRONG..