lagu ini nyanyian encik MARC ANTHONY yang bertajuk MY BABY YOU ini di dedikasikan khas buat insan yang sangat berjasa pada diri ini serta sangat diri ini menyayangi kalian..
sebenarnya hari ini dimulakan dengan sebuah mimpi pagi selepas waktu subuh..dalam mimpi tersebut ada orang memujuk dan bercakap pada saya akan membawa saya ke Genting Highland dengan menaiki awan terbang ala-ala kenderaan Goku dalam cerita Dragon Ball.. hahaha.. tak logik betul..tak pe lah tak pe lah..saya percaya sebab itu dalam mimpi..apa pun boleh jadi jika sedang bermimpi..bercerita pasal mimpi, beberapa hari lalu saya bermimpi menaiki kuda yang boleh terbang..kuda tersebut berwarna emas dan mempunyai sayap membawa saya terbang mengelilingi dunia mimpi..sungguh seronok mimpi tersebut..selain itu, saya juga selalu bermimpi saya berada di atas dari awan dan saya juga pernah bermimpi saya berterbangan di atmosfera bumi dan melantun-lantun seluruh tempat..mimpi tentang kenderaan yang saya naiki boleh terbang sememangnya adalah perkara biasa kerana setiap kali saya bermimpi dan mengingati mimpi tersebut, pastilah mimpi itu membawa saya terbang tinggi, jika tidak berterbangan, saya akan melihat awan di bawah saya contohnya saya pernah bermimpi race kereta di atas sebuah gunung yang tingginya melebihi awan dan untuk mencapai level tertinggi perlulah memandu mengelilingi gunung tersebut yang teramat curam dan jalan menuju puncak gunung tersebut mula-mula besar dan semakin sempit sehinggalah terpaksa turun dari kereta, berlari-lari menuju kepuncak sehingga jalan sebesar kuku jari kelingking, sangat sempit jalan tersebut dan saya tak ingat penghabisan mimpi itu kerana saya terbangun dari tidur..dah-dah saya mula merapu..tapi sebenarnya, mimpi-mimpi tersebut sememangnya menjadi cerita di dalam tidur saya..sebenarnya, bukanlah selalu sangat saya mengingati mimpi dan selalu bermimpi tetapi jika mimpi tentang seperti yang telah di ceritakan, saya tiba-tiba je akan ingat..
jari saya, sila stop menulis tentang mimpi mengarut!!!
oke..oke..oke..oke.. sebenarnya bukan nak bercerita tentang mimpi...
di atas hanyalah selingan...
saya sebenarnya terharu dengan keputusan yang telah di putuskan oleh bapa saya yang akan membiayai atau kata lain biasiswa penuh sepenuhnya yuran pengajian saya sebanyak RM **,000.OO!! barulah saya sedar tentang realiti kehidupan..sesetengah orang sanggup menggadaikan tanah, menggadaikan emas, membuat pinjaman pada bank dan geng kongsi gelap, serta menjual lembu untuk membuat pelaburan untuk pengajian anak-anak serta untuk masa depan yang cerah pada anak-anak yang telah dianugerahkan Tuhan..
tetapi saya sangat bersyukur bapa saya tidak perlu melakukan pelbagai perkara yang telah di sebutkan untuk menanggung yuran pengajian saya..saya sangat bertuah walaupun kehidupan saya tidaklah mewah tetapi masih mencukupi keperluan harian serta keperluan pendidikan kami adik-beradik..
ya Allah, Tuhanku terima kasih kerana saya dilahirkan sebagai anak beliau..saya lah menusia paling bertuah dalam hidup ini apabila saya menyuarakan pelbagai cadangan untuk meneruskan pengajian saya..dan bapa saya dengan rela bersetuju tanpa memikir panjang dan memilih salah satu cara daripada pelbagai cara yang telah saya suarakan tadi untuk saya meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi dalam hidup saya..selain itu, cara itu sememangnya menjadi pilihan saya dan berharap saya di permudahkan beroleh kejayaan dengan cara tersebut kerana sememangnya cara itu telah bapa dan ibu redha untuk saya..saya yakin, keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa..dengan ini saya dapat meneruskan pengajian saya..
Alahmdulillah!!selesai tentang dimana perlu saya meneruskan pengajian..
tetapi, apa yang paling merungsingkan bapa terhadap saya adalah kehidupan saya di tempat baru itu kerana bapa sangat mengenali saya yang tidak pernah berjauhan dengan keluarga selama 20 tahun..kerana bapa risaukan saya akan menangis untuk pulang ke rumah dan tidak boleh menumpukan perhatian kepada pelajaran akibat homesickness!!
tambahan pula, bapa dan ibu sangat menyokong saya belajar di tempat itu kerana tidak perlu memikirkan tempat penginapan..sebenarnya saya tidak lah akan tinggal di hostel tempat itu kerana saya sememangnya amat tidak menggemari kehidupan di hostel dan saya sangat anti hostel serta saya juga berjanji pada diri agar tidak akan pernah sesekali menginap di mana-mana hostel pun dalam hidup ini, dan oleh sebab itu jugalah saya memilih tempat pengajian tersebut supaya tempat penginapan saya adalah di rumah kakak kandung saya yang tinggal agak berhampiran tempat pengajian tersebut.. tetapi bapa sangat risau keadaan saya yang manis dan cantik ini jika di sana nanti kerana takut kakak akan mendera dan membuli saya yang lemah lembut ini melakukan segala macam pekerjaan yang boleh membahayakan diri serta nyawa saya yang sangat bernilai ini contohnya seperti mengelap cermin serta mambasuh dinding luar di apartmenya yang berada di awanan..ahhh, tipulah saya jika kakak kandung akan memaksa saya melakukan perkara tersebut pada saya..saya yakin, menyuruh pun, kakak tidak akan sesekali menyuruh saya melakukan pekerjaan berat sebegitu..tetapi jika kakak menyuruh juga, saya akan meminta upah setanding nyawa saya..ingat ni!!
oke..oke..sebenarnya saya tahu, bapa bukanlah risaukan saya tetapi, bapa risaukan beliau sendiri akibat rindukan saya kerana bapa akan berjauhan dengan seorang lagi anak beliau yang paling anggun walaupun masih ada lagi adik-adik di rumah, bapa tetap akan rindukan anak-anaknya tidak kira lah di mana pun anak-anak beliau berada terutamanya saya yang mempunyai lesung pipit manis di pipi kanan..(nada perasan).
begitu besar kasih seorang bapa mithali yang di tunjukkan oleh bapa saya..
actually...saya juga mempunyai perasaan risau untuk berhadapan dengan keadaan pada masa akan datang..saya tidak tahu bagaimankah saya pada masa hadapan..saya selalu runsing tentang keadaan di tempat baru..suasana yang baru..mungkinkah saya akan menjadi seorang yang lain atau menjadi orang lain atau lain dari yang lain atau tidak lain dari yang lain-lain atau saya akan menjadi lain-lain..oh..saya sangat takut menjadi lain-lain kerana saya tetap ingin menjadi diri saya..saya harap saya tetap akan menjadi diri saya..selain itu, saya juga risau saya sentiasa menjadi seperti apa yang telah bapa jangkakan..iaitu penyakit kerinduan untuk berada di rumah di pinggir bandar yang indah ini..ahh..saya takut saya akan sentiasa membazirkan mutiara putih yang sangat bernilai dari kelopak sepasang pancaindera saya yang di namakan mata..saya tidak lah menggemari atau kata lain sangat anti pembaziran..tetapi apa boleh buat jika mutiara-mutiara putih tetap ingin keluar..saya terpaksa redha sahaja..oke..oke..saya redha!!
saya juga takut pelaburan yang telah bapa sediakan dan peruntukkan untuk saya tidak menjadi kerana saya bukanlah seorang yang bijak..saya takut saya akan menghampakan harapan bapa saya untuk melihat saya berjaya dengan cemerlang..saya paling takut untuk menyambung pelajaran adalah kerana saya tidak bijak dan akan kegagalan..tetapi jika saya tidak menyambung pelajaran,apakah akan saya lakukuan pada usia sebegini??berkahwin??oh..tidak..saya masih muda dan malu lagi untuk bergelar seorang isteri serta ibu jika saya tidak mempunyai pelajaran..saya tidak mahu fikir apabila saya tidak berjaya kerana saya pasti akan kecewa terutamanya kerana tidak memberikan kebanggan pada bapa..saya sangat kasihan pada bapa apabila melihat saya tidak berjaya..beliau masih cool dan macam biasa tetapi saya sangat kasihan pada beliau..beliau terlalu terbaik pada saya..saya sangat tidak sanggup melihat beliau jika saya memberikan berita buruk pada beliau..sumpah!! saya tidak sanggup..
dengan segala kebaikan yang telah bapa berikan dan curahkan pada saya, saya janji untuk tidak melanggar lagi peraturan menjadi anak bapa..saya akan cuba memperbaiki kesalahan,kebodohan,kealapaan,kelekaan dan segala keburukan saya yang lalu..saya ingin menjadi anak yang baik untuk beliau..bapa saya..
pengorbanan kalian setinggi langit..
mulianya kalian disisi yang Esa AYAH dan BONDA
ya Allah, daku mohon pada Mu, seandainya ini adalah jalan untukku keluar dari kegagalan, permudahkanlah jalan dihadapanku untuk mencapai kejayaan..sesungguhnya, hanya pada Mu tempat terbaik dalam segala permohonan..Tuhanku,rahmati daku dan permintaanku sebagai hambamu..
kepadamu Tuhan, ku pasrah harapan moga tak tersalah pilihan..