Thursday, 18 March 2010

Menghitung Hari

lagu yang saya sedang mendengar ketika ini ialah Unmistakable by Backstreet Boys..

Bangun pagi gosok gigi, mandi pagi, pergi perigi..mana ada pergi perigi!! sini tiada perigi!! atas kayangan tiada perigi lah.. saya masih di sini..di atas kayangan.. melihat awan-awan di bawah saya sambil menghitung hari detik demi detik, masa berlalu......... saya akan berjauhan dengan ibu bapa..pasti sedih keadaan semasa detik yang akan datang kelak..tentulah saya sangat sedih..jikalau boleh saya tidak mahu berjauhan langsung dengan ibu bapa..sebab pertama adalah tempat di sini tidak sesuai dengan jiwa saya..

Tempat di sini sememangnya sangat tidak sesuailah!!
tahu tak, saya tidak suka keadaan di sini..sentiasa sahaja mencemaskan saya..
keadaan yang sangat tak best!!
memang tak best!!
saya perlu untuk berada di sini selama beberapa bulan..terpaksa..
tapi tidak mengapalah..saya akan cuba bersabar walaupun saya sememangnya tidak akan menerima keadaan di sini..
khas untuk KEADAAAN DISINI, maafkan saya kerana tidak dapat menerima anda di dalam hidup saya!!
kerana saya hanyalah sesuai untuk menerima keadaan negeri aman sejahtera sahaja di dalam hidup saya...
ahhh!! tak sukanyaa!! disini!!
sabar je lah miha sayang..
sayangilah diri anda!!
sabar sabar sabar sabar...
kesabaran itu perlu untuk mencapai sesuatu kebahagiaan..
tak pe..tak pe...saya sabar..
saya redha saya kena sabar..
biarlah orang nak cakap apa pun..sabar..
sabar lagi..sampai menjadi penyabar..
biarlah saya mensabarkan diri saya sebelum diri saya di sabarkan!!
apa apa je lah..asalkan sabar!!
SABAR!!!

saya ingin menjadi perempuan yang paling berbentuk keperempuanan..
menjadi perempuan asli lah..tapi bukan kaum asli..
saya sangat suka menjadi tidak asli kerana saya orang yang sebenar jaa..bukanlah asli..
hal ini kerana, saya adalah barbie..
"i'm a barbie girl, in the barbie world,
live in plastic, fantastic........."
sebenarnya macam ini lah..saya tetap akan menjadi diri saya walau di mana pun saya berada..
saya tetap saya.. saya tidak akan menjadi orang lain kerana saya bangga menjadi saya..
saya bangga menjadi anak ibu bapa saya dan kerana itulah saya tidak akan melanggar etika seorang anak yang menyayangi ibu bapanya..
kalau orang nak cakap apapun, cakaplah..saya tak heran pun..
yang penting ibu bapa merestui saya kerana saya telalu sayangkan mereka..
saya sebenarnya ingin bercerita ini dari awal permulaan..
saya sedang bermula sesuatu..saya akan bersungguh-sungguh..
insyaAllah..harap Allah merahmati dan meredhai keadaan saya sekarang..
saya akan menghabiskan keadaan di sini secepat mungkin
kerana saya tidak menyukai keadaan ini..
saya akan pastikan saya akan menamatkan keadaan ini kerana sangat tak best!!
selapas menamatkan ini pastilah saya sangat bahagia..
kerana keadaan di sini sangatlah bercanggah dengan keadaan saya yang sangat ancient..
keadaan di sini sangat menakutkan..saya menjadi ketakutan..
saya tak kisah saya ancient..
kerana lebih suka keadaan saya..
sebenarnya saya tidak suka menerima benda yang saya tidak biasa di dalam hidup..
saya lebih suka tidak biasa dari menjadi biasa..
biarlah saya di lihat seperti kekampungan atau memakai pakaian murah pun..saya tak kisah..
asalkan saya tidak murah maruah serta tidak murah akhlak..
biarlah..biarlah..biarlah..biarlah...
asalkan saya bahagia dengan keadaan saya..
kerana saya yakin, ibu bapa telah mengajarkan saya agama yang secukupnya..
asalkan saya mentaati perintah agama, pasti saya bahagia..
agama adalah segalanya yang paling berharga dalam hidup saya..
terima kasih ibu bapa kerana mengenalkan saya dengan keadaan seperti yang saya selesa sekarang..

saya sangat ridukan suasana dibawah..
kerana suasana dibawah adalah suasana yang sangat bersesuaian dengan jiwa saya..
rindunya pinggir bandar yang indah, damai dan permai..

inilah keadaan tempat saya..
saya sangat rindukan suasana aman sejahtera.

apapun..saya mesti kuat..saya mesti redha segalanya..
hal ini kerana, untuk diri saya tersayang..
saya sayang diri saya seadanya..

Tuesday, 9 March 2010

Kekasih

mendangar sebuah lagu yang membuai perasaan iaitu My Love by Westlife..

saya menulis ini secara pandangan peribadi terhadap perasaan berkasih-kekasih apabila terbaca ayat yang sangat puitis menyentuh jiwa di bawah ini..

"berjanji atas nama cinta kerana nafsu, akhirnya lesu berlagu sayu, perut membusung bingung keliru. berjanji atas nama cinta kerana Allah, hidup berkat penuh manfaat, mencipta mahligai dunia akhirat.." Ahmad Fedtri Yahya

"sekali rindu dilayang, seluruh jiwa bergetar syahdu..
sekali cinta berbisik, hati berbunga ke akhir waktu..
lindungkan salju cinta sebelum angin rindu keruhkan pelangi..
kita rasai mistikal romantis membelai rasa.." Ahmad Fedtri Yahya

saya sangat berminat dengan segala ayat-ayat puitis yang beliau keluarkan..
sungguh puitis..saya sangat menyukai ayat-ayat yang indah..
biarlah dilebel sebagai jiwang pun..saya tak kisah kerana saya sememangnya seperti itu..
sukakan sesuatu yang bersifat keindahan dalam setiap apa yang saya lakukan..
kerana itulah saya sukakan tempat tinggal yang sangat damai..
harapan saya, kedamaian tidak akan hilang di jiwa saya...

oke..oke..oke..sebenarnya..sebegini cerita kasih kekasih..
saya banyak terbaca kes-kes yang menakutkan serta kasihan..
seperti pembuangan bayi dan membunuh bayi...
kasihan sungguh bayi-bayi yang tidak berdosa..
sungguh kasihan melihat keadaan bayi..
orang yang menghasilkan bayi lalu membuangnya di merata-rata sungguh iblis!!
takda perasaan betul la..sekurang-kurangnya berilah bayi pada yang memerlukan..
sungguh menakutkan pada zaman ini..
bagaimanakan keadaan akan datang??
mungkin lebih menakutkan..rugilah generasi yang akan berhidup pada zaman yang penuh kejahatan..
atau zaman akan berubah kearah kebaikan?, jika kebaikan beruntunglah yang sesiapa yang dapat berhidup pada keadaan suasana yang penuh kebaikan..
sesungguhnya perkara yang sentiasa menjadi ketakutan saya adalah perubahan dan perubahan itu menyusahakan serta menghilangkan kedamaian..

apapun saya sentiasa berdoa agar dijauhkan dari perkara-perkara seperti itu..
kerana pada masa sekarang sangat penuh dengan pancaroba..
saya selalu berdoa dan meminta ibu berdoa agar saya tetap seperti sekarang juga..
saya harap saya berkasih sayang berlandaskan Tuhan pencipta alam.

berjanji untuk bercinta kerana Allah!!
kerana Tuhan itu sebaik-baik pengharapan..
itu adalah jalan paling bahagia..untuk sentiasa selamat dunia dan akhirat..
serta berserah pada ketentuan dan takdir yang telah di tetapkan..
semoga apa yang saya harapkan di rahmati dan di redhai..

ISTERI / IBU yang memasak untuk keluarga, harus berzikir/berdoa sepanjang ia memasak seawal dari memotong bawang, memasak nasi sehinggalah selesai. Barakah dan rahmat akan masuk ke perut suami dan anak-anaknya.... jadi terhasillah keluarga yang mudah menerima iman..


tidak hairanlah saya apabila melihat ibu sentiasa terkumat kamit di mulut beliau apabila sedang tekun memasak..air tangan ibu sungguh penuh dengan keberkatan dan kasih sayang..
ibu adalah seorang insan yang paling mulia selain bapa yang pernah saya kenali..kerana,
dengan itu, berzikir dan berselawat adalah salah satu jalan ibu mendoakan kami adik beradik..
semoga saya sentiasa menerima kebaikan dengan senang hati..

IBU..IBU ENGKAULAH RATU HATIKU!!

Sunday, 7 March 2010

Tak Kenal pun

ini saya..saya tak kenal pun anda!! anda juga tak kenal saya..
saya barbie..sudah pastilah anda tidak kenal saya!!

saya tak faham lah..saya ingatkan anda mengenali saya..rupanya anda juga saya tidak kenali..oke..oke..saya tidak kenali anda!! memang saya tidak kenali anda!!
barulah saya faham sebabnya..saya ini sememangnya sebegini..tetapi ada sesetengah pihak tidak faham saya..oke..oke..saya mengerti..siapalah saya untuk difahami..sememangnya diri saya tidaklah perlu untuk difahami kerana saya tidak pernah memahami..jadi saya memang tak faham..pasrah lah saya setakat ini..saya pasrah..saya pasrah!! (pasang lagu Pasrah by Erra Fazira)..

sebenarnya ceritanya sebegini...salahkah diri daku sekiranya sering bercakap-cakap berulang kali?? di ringkaskan maksud..salahkah daku jika selalu mengulang-ulang percakapan?? kadangkala saya sendiri selalu mengulangi perkataan yang telah saya cakap dan ulang beberapa kali sehingga saya benar-benar merasai kelegaan..selagi tidak berasa tenteram dan kelegaan, selagi itulah saya akan tetap bercakap-cakap dan mengulang-ulangi perkataan yang saya sedang tercakap..saya ingatkan orang suka atau kata lain selesa perlakuan saya..rupanya sangkaan saya meleset sekali..ada sesetengah pihak menganggap saya melayan mereka seperti kanak-kanak kecil..sumpah!!saya tidak pernah bermaksud melayan anda seperti kanak-kanak kecil serta tidak pernah memandang rendah kepada anda..selalu sahaja saya memandang tinggi kepada anda..tambahan pula anda seorang yang saya sangat hormati, kagumi dan etc serta anda juga sangatlah besar dari saya..sumpah lagi!!saya tidak akan dapat melangkaui tahap pemikiran anda..anda sangat hebat dari saya..saya memang berani cakap secara terang-terangan..saya sememangnya tidak reti pun memikir seperti anda iaitu seperti anda dengan berjayanya mengeluarkan saya dari jalan berbulu ke jalan tidak berbulu(eh..apa ni?? fikir sendiri!!malas explain lagi!!)..selain itu, saya juga tidak pernah langsung terlintas untuk bercakap dan berpesan-pesan seperti seorang ibu kepada anak kecilnya...ahhh..tidak pernah sama sekali saya melintas fikiran saya untuk beranggapan sedemikian bentuk..tetapi itu lah saya..saya apabila bermasalah, ketakutan ataupun menjadi terkejut dan menakutkan, saya terus menjadi seperti barbie yang mempunyai peti suara yang kebingungan dan mengeluarkan perkataan tanpa henti, dipendekkan maksud iaitu saya yang sebenarnya..saya yang sebenarnya ialah saya yang sebenar-benarnya..eh..apa ni??hahahaha~~ ..tak da lah..actually, saya ialah seorang yang suka bercakap-cakap kosong..kadang-kadang saya tidak terfikir pun apa yang saya cakap itu termenyinggung hati dan perasaan orang di sekeliling saya yang sedang mendengar percakapan saya..sebenarnya, saya memang tidak bermaksud sebegitu..saya hanya bercakap-cakap dan terus bercakap..walaupun diri saya di khalayak ramai tidak lah seperti suka bercakap..tetapi saya sangat suka bercakap-cakap dengan orang-orang yang kenali saya dan saya mengenali orang-orang itu..itu lah saya yang sebenar-benarnya..jadi beruntunglah anda, orang-orang yang saya kenali kerana saya bercakap dengan anda..ingat senang ke saya nak bercakap dengan anda??susah tau nak saya bercakap-cakap..sebabnya saya actress, heroin dan barbie terkenal tau!! hahahahahaha~~ (perasan lah lagi saya ini..perasan lah lagi..kerana jika tidak memuji diri sendiri, sudah tentu diri ini tidak dipuji!! kerana apa??kerana orang tidak mengenali saya dan tidak saya kenali..siapa mahu puji saya??tiada siapa yang pastinya..dan kerana itulah saya memuji diri saya...)eeeeeeeee... tolonglah mengarut gila awak miha!!

apapun..saya nak meminta maaf setulus-tulusnya kepada anda yang tersinggung dengan percakapan saya tadi serta penulisan saya diatas..saya tidak bermaksud sebegitu..maafkanlah saya..saya juga manusia biasa yang sering melakukan kesilapan..diharapkan anda Yang Berhormat, sudi memaafkan saya..
maafkan saya..maafkan saya..saya mengharapkan kemaafan anda..maafi lah saya..memaafkan saya budaya mulia..anda akan menjadi mulia dari pandangan mata indah saya sekiranya memaafkan saya..saling memaafi sesama insan jua makhluk yang diciptakan..maaf zahir batin!!

Friday, 5 March 2010

just following my FATE!!

lagu ini nyanyian encik MARC ANTHONY yang bertajuk MY BABY YOU ini di dedikasikan khas buat insan yang sangat berjasa pada diri ini serta sangat diri ini menyayangi kalian..

sebenarnya hari ini dimulakan dengan sebuah mimpi pagi selepas waktu subuh..dalam mimpi tersebut ada orang memujuk dan bercakap pada saya akan membawa saya ke Genting Highland dengan menaiki awan terbang ala-ala kenderaan Goku dalam cerita Dragon Ball.. hahaha.. tak logik betul..tak pe lah tak pe lah..saya percaya sebab itu dalam mimpi..apa pun boleh jadi jika sedang bermimpi..bercerita pasal mimpi, beberapa hari lalu saya bermimpi menaiki kuda yang boleh terbang..kuda tersebut berwarna emas dan mempunyai sayap membawa saya terbang mengelilingi dunia mimpi..sungguh seronok mimpi tersebut..selain itu, saya juga selalu bermimpi saya berada di atas dari awan dan saya juga pernah bermimpi saya berterbangan di atmosfera bumi dan melantun-lantun seluruh tempat..mimpi tentang kenderaan yang saya naiki boleh terbang sememangnya adalah perkara biasa kerana setiap kali saya bermimpi dan mengingati mimpi tersebut, pastilah mimpi itu membawa saya terbang tinggi, jika tidak berterbangan, saya akan melihat awan di bawah saya contohnya saya pernah bermimpi race kereta di atas sebuah gunung yang tingginya melebihi awan dan untuk mencapai level tertinggi perlulah memandu mengelilingi gunung tersebut yang teramat curam dan jalan menuju puncak gunung tersebut mula-mula besar dan semakin sempit sehinggalah terpaksa turun dari kereta, berlari-lari menuju kepuncak sehingga jalan sebesar kuku jari kelingking, sangat sempit jalan tersebut dan saya tak ingat penghabisan mimpi itu kerana saya terbangun dari tidur..dah-dah saya mula merapu..tapi sebenarnya, mimpi-mimpi tersebut sememangnya menjadi cerita di dalam tidur saya..sebenarnya, bukanlah selalu sangat saya mengingati mimpi dan selalu bermimpi tetapi jika mimpi tentang seperti yang telah di ceritakan, saya tiba-tiba je akan ingat..
jari saya, sila stop menulis tentang mimpi mengarut!!!

oke..oke..oke..oke.. sebenarnya bukan nak bercerita tentang mimpi...
di atas hanyalah selingan...

saya sebenarnya terharu dengan keputusan yang telah di putuskan oleh bapa saya yang akan membiayai atau kata lain biasiswa penuh sepenuhnya yuran pengajian saya sebanyak RM **,000.OO!! barulah saya sedar tentang realiti kehidupan..sesetengah orang sanggup menggadaikan tanah, menggadaikan emas, membuat pinjaman pada bank dan geng kongsi gelap, serta menjual lembu untuk membuat pelaburan untuk pengajian anak-anak serta untuk masa depan yang cerah pada anak-anak yang telah dianugerahkan Tuhan..
tetapi saya sangat bersyukur bapa saya tidak perlu melakukan pelbagai perkara yang telah di sebutkan untuk menanggung yuran pengajian saya..saya sangat bertuah walaupun kehidupan saya tidaklah mewah tetapi masih mencukupi keperluan harian serta keperluan pendidikan kami adik-beradik..
ya Allah, Tuhanku terima kasih kerana saya dilahirkan sebagai anak beliau..saya lah menusia paling bertuah dalam hidup ini apabila saya menyuarakan pelbagai cadangan untuk meneruskan pengajian saya..dan bapa saya dengan rela bersetuju tanpa memikir panjang dan memilih salah satu cara daripada pelbagai cara yang telah saya suarakan tadi untuk saya meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi dalam hidup saya..selain itu, cara itu sememangnya menjadi pilihan saya dan berharap saya di permudahkan beroleh kejayaan dengan cara tersebut kerana sememangnya cara itu telah bapa dan ibu redha untuk saya..saya yakin, keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa..dengan ini saya dapat meneruskan pengajian saya..
Alahmdulillah!!selesai tentang dimana perlu saya meneruskan pengajian..
tetapi, apa yang paling merungsingkan bapa terhadap saya adalah kehidupan saya di tempat baru itu kerana bapa sangat mengenali saya yang tidak pernah berjauhan dengan keluarga selama 20 tahun..kerana bapa risaukan saya akan menangis untuk pulang ke rumah dan tidak boleh menumpukan perhatian kepada pelajaran akibat homesickness!!
tambahan pula, bapa dan ibu sangat menyokong saya belajar di tempat itu kerana tidak perlu memikirkan tempat penginapan..sebenarnya saya tidak lah akan tinggal di hostel tempat itu kerana saya sememangnya amat tidak menggemari kehidupan di hostel dan saya sangat anti hostel serta saya juga berjanji pada diri agar tidak akan pernah sesekali menginap di mana-mana hostel pun dalam hidup ini, dan oleh sebab itu jugalah saya memilih tempat pengajian tersebut supaya tempat penginapan saya adalah di rumah kakak kandung saya yang tinggal agak berhampiran tempat pengajian tersebut.. tetapi bapa sangat risau keadaan saya yang manis dan cantik ini jika di sana nanti kerana takut kakak akan mendera dan membuli saya yang lemah lembut ini melakukan segala macam pekerjaan yang boleh membahayakan diri serta nyawa saya yang sangat bernilai ini contohnya seperti mengelap cermin serta mambasuh dinding luar di apartmenya yang berada di awanan..ahhh, tipulah saya jika kakak kandung akan memaksa saya melakukan perkara tersebut pada saya..saya yakin, menyuruh pun, kakak tidak akan sesekali menyuruh saya melakukan pekerjaan berat sebegitu..tetapi jika kakak menyuruh juga, saya akan meminta upah setanding nyawa saya..ingat ni!!
oke..oke..sebenarnya saya tahu, bapa bukanlah risaukan saya tetapi, bapa risaukan beliau sendiri akibat rindukan saya kerana bapa akan berjauhan dengan seorang lagi anak beliau yang paling anggun walaupun masih ada lagi adik-adik di rumah, bapa tetap akan rindukan anak-anaknya tidak kira lah di mana pun anak-anak beliau berada terutamanya saya yang mempunyai lesung pipit manis di pipi kanan..(nada perasan).
begitu besar kasih seorang bapa mithali yang di tunjukkan oleh bapa saya..

actually...saya juga mempunyai perasaan risau untuk berhadapan dengan keadaan pada masa akan datang..saya tidak tahu bagaimankah saya pada masa hadapan..saya selalu runsing tentang keadaan di tempat baru..suasana yang baru..mungkinkah saya akan menjadi seorang yang lain atau menjadi orang lain atau lain dari yang lain atau tidak lain dari yang lain-lain atau saya akan menjadi lain-lain..oh..saya sangat takut menjadi lain-lain kerana saya tetap ingin menjadi diri saya..saya harap saya tetap akan menjadi diri saya..selain itu, saya juga risau saya sentiasa menjadi seperti apa yang telah bapa jangkakan..iaitu penyakit kerinduan untuk berada di rumah di pinggir bandar yang indah ini..ahh..saya takut saya akan sentiasa membazirkan mutiara putih yang sangat bernilai dari kelopak sepasang pancaindera saya yang di namakan mata..saya tidak lah menggemari atau kata lain sangat anti pembaziran..tetapi apa boleh buat jika mutiara-mutiara putih tetap ingin keluar..saya terpaksa redha sahaja..oke..oke..saya redha!!
saya juga takut pelaburan yang telah bapa sediakan dan peruntukkan untuk saya tidak menjadi kerana saya bukanlah seorang yang bijak..saya takut saya akan menghampakan harapan bapa saya untuk melihat saya berjaya dengan cemerlang..saya paling takut untuk menyambung pelajaran adalah kerana saya tidak bijak dan akan kegagalan..tetapi jika saya tidak menyambung pelajaran,apakah akan saya lakukuan pada usia sebegini??berkahwin??oh..tidak..saya masih muda dan malu lagi untuk bergelar seorang isteri serta ibu jika saya tidak mempunyai pelajaran..saya tidak mahu fikir apabila saya tidak berjaya kerana saya pasti akan kecewa terutamanya kerana tidak memberikan kebanggan pada bapa..saya sangat kasihan pada bapa apabila melihat saya tidak berjaya..beliau masih cool dan macam biasa tetapi saya sangat kasihan pada beliau..beliau terlalu terbaik pada saya..saya sangat tidak sanggup melihat beliau jika saya memberikan berita buruk pada beliau..sumpah!! saya tidak sanggup..
dengan segala kebaikan yang telah bapa berikan dan curahkan pada saya, saya janji untuk tidak melanggar lagi peraturan menjadi anak bapa..saya akan cuba memperbaiki kesalahan,kebodohan,kealapaan,kelekaan dan segala keburukan saya yang lalu..saya ingin menjadi anak yang baik untuk beliau..bapa saya..

pengorbanan kalian setinggi langit..
mulianya kalian disisi yang Esa AYAH dan BONDA

ya Allah, daku mohon pada Mu, seandainya ini adalah jalan untukku keluar dari kegagalan, permudahkanlah jalan dihadapanku untuk mencapai kejayaan..sesungguhnya, hanya pada Mu tempat terbaik dalam segala permohonan..Tuhanku,rahmati daku dan permintaanku sebagai hambamu..
kepadamu Tuhan, ku pasrah harapan moga tak tersalah pilihan..